Jumat, 01 April 2011

JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU

JihaD
MelaWAN hawa
NafSU
Berkata Shaikhul Islam
Al-Imam
Ibnu Qayyim di dalam
kitab Al-
Fawaaiid muka surat 78 "
Allah Taala
telah mengaitkan
hidayah
( petunjuk ) dalam ayat
ini dengan
jihad. Mereka yang
beroleh hidayah
yang paling sempurna
ialah mereka
yang paling hebat
jihadnya, dan
jihad yang paling agong
ialah jihad
melawan hawa nafsu di
dunia. Maka
siapa yang berjihad
menentang
perkara-perkara tersebut
nescaya
Allah akan memberikan
petunjuk
kepadanya jalan-jalan
yang diredhai
Allah yang
menyampaikan
hambanya ke syurga. Dan
siapa
yang meninggalkan jihad
hawa
nafsu maka terlepaslah
dia dan
jauhlah dia daripada
hidayat Allah
lantaran jihad yang
ditinggalkanya.
Berkata Al-Junaid Al-
Baghdadi: " Dan
barangsiapa yang
memerangi hawa
nafsu mereka melalui
TAUBAH
nescaya Allah akan
memberi
petunjuk kepadanya
jalan-jalan
keikhlasan. Manusia
tidak mampu
memerangi musuh yang
zahir
melainkan setelah
memerangi
musuh yang batin. Siapa
yang
mengalahkan nafsunya
maka
sesungguhnya dia telah
mengalahkan musuhnya,
dan jika
dia kalah melawan
nafunya, maka
dia telah tewas ditangan
musuhnya.
Ikhwah yang dikasihi oleh
Allah
sekelian,
Ramai manusia pada hari
ini
mengatakan bahawa
mereka
melakukan maksiat
disebabkan tidak
mendapatkan hidayah.
Tetapi ayat
Al-Quran di atas secara
jelas telah
memberikan cara
penyelesaian
terhadap masalah
tersebut. Caranya
ialah dengan memerangi
hawa
nafsu, dunia dan syaitan.
Barulah
Allah akan memberi
hidayatnya
kepada mereka.
Disebabkan tewas
terhadap hawa
nafsulah manusia pada
hari ini
murtad, minum arak,
berzina dan
menderhakai kedua
ibubapa.
Disebabkan oleh
memperhambakan
diri kepada dunialah
manusia leka
dengan harta dunia. Dia
sibuk
mencari harta kekayaan
lalu
meninggalkan solat dan
tidak
membayar zakat.
Manakala
golongan yang telah
digoda oleh
syaitan pula tidak yakin
bahawa
Islam itu mampu
memerintah
dunia, ragu-ragu apabila
syariah
Islamiah dilaksanakan
adakah
ekonomi negara akan
bertambah
maju atau mundur?
Oleh itu tiada cara yang
lebih
berkesan untuk
menyelesaikan
semua penyakit-penyakit
hati
tersebut melainkan
dengan berjihad
melawan hawa nafsu,
dengan
memahami hakikat
kalimah Laa
ilaaha Illa al-Allah. Selagi
mana
seorang muslim itu tidak
merasa
takut apabila disebut
namaAllah dan
tidak merasa bahawa
segala
tingkah-lakunya
diperhatikan oleh
Allah, maka dia masih
belum faham
dan menghayati Laa
ilaaha illa al-
Allah.
Dengan memerangi hawa
nafsu,
dunia dan syaitanlah
manusia akan
memperolehi kemanisan
beraqidah.
Hatinya sentiasa tenang
dan
bahagia. Dia akan
sentiasa
mensyukuri nikmat Allah
dan
mengharapkan
keredhaan-Nya.
Sekian dulu dari saya,
semoga kita
akan mengetahui banyak
lagi
nasihat-nasihat yang
berguna dari
Syaikhul Islam Ibnul
Qayyim dalam
rencana-rencana
seterusnya.
Wassalam...
Oleh Dariju madarijis
saalikin bayna
Manzil Iyyakana'budu
waa Iyyaaka
nastaiĆ¢ €™iin.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar